![](https://pdfstore-manualsonline.prod.a.ki/pdfasset/d/ce/dcef59c3-372d-4844-b7eb-2ccf04e3f26f/dcef59c3-372d-4844-b7eb-2ccf04e3f26f-bg14.png)
45
Bahasa Melayu
• [Anjak Sari Kata Automatik]: Dayakan atau nyahdaya anjakan sari kata. Jika didayakan,
kedudukan sari kata ditukar secara automatik untuk muat pada skrin TV (ciri ini berfungsi pada
TV Philips yang tertentu sahaja).
• [Tukar Kata Laluan]: Tetapkan atau tukar kata laluan anda untuk memainkan cakera terhad.
Masukkan “0000” jika anda tidak mempunyai kata laluan atau anda terlupa kata laluan anda.
• [Panel Paparan]: Ubah kecerahan panel paparan pemain.
• [Auto Siap Sedia]: Dayakan atau nyahdaya siap sedia automatik. Jika didayakan, pemain beralih
kepada siap sedia selepas tiada aktiviti selama 30 minit (contohnya, dalam mod jeda atau henti).
• [VCD PBC]: Paparkan atau langkaui menu kandungan bagi VCD dan SVCD.
Catatan
• Jika bahasa cakera, audio atau sari kata yang anda kehendaki tidak tersedia, anda boleh memilih [Lain-lain]
daripada pilihan menu dan memasukkan kod bahasa 4 digit yang boleh didapati pada bahagian belakang
manual ini.
• Jika anda memilih bahasa yang tidak tersedia pada cakera, pemain ini akan menggunakan bahasa lalai cakera
tersebut.
Pilihan lanjutan (keselamatan BD-Live, kosongkan memori...)
1 Tekan .
2 Pilih [Persediaan] > [Lanjutan] untuk mengakses pilihan persediaan lanjutan.
• [Keselamatan BD-Live]: Sekat atau benarkan akses kepada BD-Live (hanya bagi cakera BD-Live
bukan komersil dan yang dibuat oleh pengguna).
• [Kemas Kini Perisian]: Pilih > untuk mengemas kini perisian daripada rangkaian atau peranti
storan USB.
• [Kosongkan ingatan]: Padam muat turun BD-Live yang terdahulu pada peranti storan USB.
Folder “BUDA” dibuat secara automatik untuk menyimpan muat turun BD-Live.
• [Kod VOD DivX
®
]: Paparkan kod pendaftaran atau kod pembatalan pendaftaran DivX
®
bagi
pemain ini.
• [Maklumat Versi]: Paparkan versi perisian pemain ini.
• [Pulih semula seting lalai]: Tetapkan semula pemain ini kepada tetapan lalai yang dibuat di kilang.
Catatan
• Anda tidak boleh mengehadkan akses Internet pada cakera Blu-ray komersil.
• Sebelum membeli video DivX dan memainkannya pada pemain ini, daftarkan pemain ini pada www.divx.
com menggunakan kod DivX VOD.
• Anda tidak boleh menetapkan semula tetapan kawalan ibu bapa kepada nilai lalai.
MS-MY