A SERVICE OF

logo

Berhati-hati dengan air panas. Sentiasa periksa agar
air tidak begitu panas, untuk mengelakkan tangan
anda daripada kelecuran.
Nota: Air mungkin mengalir dari soket di bawah
perkakas apabila anda membilasnya. Ini adalah biasa
dan tidak berbahaya.
Setiap hari: unit pencukur dan ruang rambut
1 Matikan alat pencukur, cabut plag kuasa dari
soket dinding dan cabut plag perkakas dari
pencukur.
2 Tekan butang pelepas untuk membuka unit
pencukur.
3 Bersihkan unit pencukur dan ruang rambut
dengan membilasnya di bawah paip air panas
untuk beberapa waktu
Pastikan anda bersihkan bahagian dalam dan luar
unit pencukur.
4 Tutup unit pencukur dan keluarkan air lebihan
dengan menggoncangkannya.
Jangan keringkan unit pencukur dengan tuala
atau tisu, kerana ini akan merosakkan kepala alat
pencukur.
5 Buka unit pencukur sekali lagi dan biarkan ia
terbuka supaya perkakas kering sepenuhnya.
Anda juga boleh membersihkan ruang rambut tanpa
air dengan menggunakan berus yang dibekalkan.
,
BAHASA MELAYU 41